Cadangan Pembangunan Promenade Perayaan (Festive Promenade) Di Bandar Persisiran Jelutong, Pulau Pinang

Phuan, Ying Zhee (2004) Cadangan Pembangunan Promenade Perayaan (Festive Promenade) Di Bandar Persisiran Jelutong, Pulau Pinang. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Text
ThesisBLA200402.pdf - Published Version

Download (77Kb) | Preview

Abstract

Kawasan persisiran air 9waterfront) didefinisikan sebagai tempat di mana daratan bertemu dengan air. Tidak boleh dinafikan bahawa jikalau ditinjau dari segi sejarah, sesebuah bandar berkembang kebanyakannya adalah berakar umbi daripada kawasan persisiran airnya. Namun demikian, terdapat isu mengenai pembangunan kawasan persisiran air terutamanya semasa pembangunan semula ataupun pembangunan baru sesebuah kawasan yang telah ditambak. Antaranya merangkumi asesibilit orang ramai sepanjang kawasan persisiran laut, kesesuaian penggunaan kawasan persisiran air di bandar dan penglibatan orang ramai di kawasan persisiran air. Kebelakangan ini, persisiran air bukan sahaja menjadi sumber untuk ekonomi malahan menyumbang kepada perkembangan kebudayaan sesebuah kawasan. Oleh hal demikian, perancangan pembangunan persisiran air telah mengambilkira banyak faktor dan elemen. Ini termasuk karektoristik fizikal persisiran air, konteks bandar, karektor permandangan, penggunaan persisiran yang sedia ada dan perancangan aktiviti baru, pembentukkan identiti kawasan tersebut dan sebagainya. Secara tidak langsung, siar kaki di sepanjang pinggiran air (promenade) telah memainkan peranan yang penting bagi mengkaitkan aktiviti dalaman kepada luaran persisiran air Matlamat kajian ini adalah untuk memahami sumbangan dan kepentingan siar kaki persisiran air (promenade) yang mencorakkan kebudayaan dan imej tempatan (festivity) untuk menjayakan kawasan persisiran air (waterfront) di kawasan bandar melalui perancanga yang teliti dan terperinci

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: Faculty of Built Environment > Landscape Architecture
Depositing User: FAB IR Admin
Date Deposited: 24 Jun 2013 05:39
Last Modified: 24 Jun 2013 05:39
URI: http://epublication.fab.utm.my/id/eprint/6

Actions (login required)

View Item View Item