Ciri-Ciri Kawasan Kejiranan Yang Selamat Untuk Pejalan Kaki Kajian Kes: Taman Perling, Taman University Dan Taman Mutiara Rini

Tang, Tung Wu (2001) Ciri-Ciri Kawasan Kejiranan Yang Selamat Untuk Pejalan Kaki Kajian Kes: Taman Perling, Taman University Dan Taman Mutiara Rini. Other thesis, University Technology Malaysia.

[img]
Preview
Text
ThesisBURP200102.pdf

Download (99Kb) | Preview

Abstract

Kawasan kejiranan pada asalnya merupakan suatu persekitaran kediaman yang direka khas untuk pejalan kaki. Namun, perancangan kawasan kejiranan kini hanya sekadar merizabkan lorong pejalan kaki dalam jaringan jalan utama dan jarang mengambil kira tentang keperluan dan keselamatan pejalan kaki setempat. Hasilnya, ramai pejalan kaki terpaksa mengambil risiko untuk bersaing dengan lalu lintas bermotor bagi mendapatkan “right of way”. Selama ini, statistic kemalangan jalan raya telah menunjukkan bahawa mod berjalan kaki merupakan mod pengangkutan yang paling merbahaya selepas mod menunggang motosikal. Separuh daripada kawasan yang lazimnya berlaku kemalangan maut pejalan kaku adalah terdiri daripada komponen kejiranan, iaitu kawasan perumahan, tempat membeli belah dan sekolah. System perundangan sedia ada di Malaysia juga masih belum termaktub sebarang undang-undang atau polisi-polisi yang melindungi kepentingan dan hak asasi pejalan kaki sehingga hari ini. Orang awam juga jarang sekali mempertikaikan tentang keselamatan pejalan kaki kerana mengakui bahawa system pengangkutan jalan adalah direka bentuk khusus untuk menampung kenderaan bermotor, tetapi bukannya manusia yang berjalan kaki. Hasil kajian ini mendapati bahawa kemudahan pejalan kaki sedia ada di dalam konteks tempatan adalah terlalu terhad dan bersifat konvensional. Majoritinya juga berkualiti buruk dan tidak terselenggara oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Cara penyediaan kemudahan pejalan kaki pula Cuma setakat pemasangan kemudahan tertentu, tetapi tidak pernah member pertimbangan kepada keperluan bagi merancang suatu system pejalan kaki yang komprehensif dan menyeluruh. Keperluan khusus bagi golongan kurang upaya, warga tua dan kanak-kanak juga jarang diberi perhatian dalam perancangan tatatur kejiranan atau system jaringan jalan tempatan. Situasi ini telah mendedahkan diri mereka kepada risiko kemalangan yang agak tinggi ketika berjalan kaki di dalam kawasan kejiranan. Jika dilihat dari sudut pandangan positif, setiap situasi tersebut menandakan bahawa masih banyak lagi pembaikan yang boleh dibuat untuk menjadikan aktiviti berjalan kaki lebih selamat di dalam kawasan kejiranan. Maka, jururancang bandar berperanan penting untuk menyepadukan komponen kejuruteraan, penguatkuasaan dan pendidikan dalam konsep perancangan kejiranan tempatan ke arah membentuk suatu system pejalan kaki yang selamat di sekitar kawasan kediaman. Jadi, banyak alternative-alternatif pembaikan yang berkesan telah disyorkan dalam kajian ini demi mewujudkan satu model kawasan kejiranan yang memaparkan cirri-ciri perancangan dan reka bentuk yang selamat untuk aktiviti berjalan kaki.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Built Environment > Urban and Regional Planning
Depositing User: FAB IR Admin
Date Deposited: 24 Jun 2013 05:42
Last Modified: 24 Jun 2013 05:42
URI: http://epublication.fab.utm.my/id/eprint/59

Actions (login required)

View Item View Item