Aplikasi Konsep Dan Struktur Bandar Berasaskan Teknologi Maklumat Kajian Kes: Daerah Sentral, Johor Bahru

Osman, Mohd Rizal (2001) Aplikasi Konsep Dan Struktur Bandar Berasaskan Teknologi Maklumat Kajian Kes: Daerah Sentral, Johor Bahru. Other thesis, University Technology Malaysia.

[img]
Preview
Text
ThesisBURP200101.pdf

Download (121Kb) | Preview

Abstract

Kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi telah membawa perubahan kepada sistem bandar dan kehidupan seharian manusia dari cara berkomunikasi, bekerja dan istirehat di mana kecekapan dan keberkesanan pengurusan serta keselesaan hidup menjadi perkara yang paling penting serta diutamakan. Pendekatan baru dalam urusniaga, K-ekonomi, infrastruktur telekomunikasi, pengangkutan awam yang efisen, kemampuan alam sekitar dan cabaran globalisasi adalah antara keperluan yang perlu dipertimbangkan semula untuk merancang sebuah bandar yang mampu menyelesaikan permasalahan bandar kepada sebuah bandar yang mampu berdikari dan boleh menjadi ‘multiplier’ terutamanya di dalam sector ekonomi. Maka bagi menangani cabaran era ekonomi maklumat abad ke-21 disamping menyelesaikan masalah perbandaran, satu konsep bandar teknologi maklumat harus diperkenalkan di dalam bandar konvensional supaya ianya tidak ketinggalan berbanding dengan bandar-bandar bertaraf global dunia. Cirri-ciri yang ada pada sebuah bandar teknologi maklumat dikatakan mampu memberikan kehidupan yang moden melalui pembangunan infrastruktur teknologi maklumat, asas guna tanah yang menyokong, bangunan pintar serta dapat menarik pelabur asing untuk melabur di zon ‘enterprise’ yang merupakan tapak utama pembangunan multimedia dan teknologi maklumat. Kriteria-kriteria bandar teknologi maklumat mesti dikenalpasti untuk membolehkan analisis berdasarkan kriteria dijalankan yang bertujuan membolehkan pusat bandar sedia ada menjurus kepada sebuah pusat bandar berasaskan teknologi maklumat. Secara tidak langsung dapat mengaplikasikan konsep dan struktur bandar berasaskan teknologi maklumat ke dalam bandar konvensional. Hasil analisis yang dijalankan, penekanan utama yang mesti diberikan adalah pada rangkaian system infrastruktur telekomunikasi dan asas guna tanah berasaskan teknologi maklumat. Sehubungan itu, cadangan telah dibentuk dengan berdasarkan hasil kajian untuk membolehkan bandar konvensional menjurus kepada sebuah bandar berasaskan teknologi maklumat. Cadangan ini adalah melibatkan cadangan rangkaian telekomunikasi dalam bandar iaitu rangkaian MAN-Metropolitan Area Network yang member penekanan kepada penggunaan kabel gentian optik yang bertindak sebagai ‘backbone’ kepada pusat bandar dan diagihkan ke setiap kawasan dalam bandar menggunakan kabel sepaksi (coaxial). Selain itu, cadangan peningkatan guna tanah sedia ada kepada guna tanah yang berasaskan teknologi maklumat dengan menyediakan zon pembangunan teknologi maklumat dan multimedia dalam bandar. Hal ini untuk memastikan tahap penggunaan dan pembangunan teknologi maklumat dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Oleh yang demikian, pra syarat berkaitan dengan perancangan bandar berasaskan teknologi maklumat telah dibentuk untuk dijadikan panduan asas di dalam penyediaan konsep pembangunan bandar berasaskan teknologi maklumat ke dalam bandar konvensional. Penekanan yang diberikan adalah pada rangkaian telekomunikasi dan juga asas guna tanah yang membawa kepada pembentukan bandar berasaskan teknologi maklumat supaya ianya sesuai dilaksanakan dalam konteks Malaysia serta keperluannya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Built Environment > Urban and Regional Planning
Depositing User: FAB IR Admin
Date Deposited: 24 Jun 2013 05:42
Last Modified: 24 Jun 2013 05:42
URI: http://epublication.fab.utm.my/id/eprint/57

Actions (login required)

View Item View Item