Pengurusan Keselamatan Projek Pembinaan

Misnan, Mohd Saidin and Mohd Yusof, Zakaria and Mohammed, Abdul Hakim and Dalib, Abdul Rahman (2013) Pengurusan Keselamatan Projek Pembinaan. Penerbit UTM Press. ISBN 978-983-52-0917-8

[img]
Preview
Text
book-PengurusanKeselamatanProjekPembinaan.pdf

Download (172Kb) | Preview
Related URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko berbahaya. Hal ini adalah berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan risiko terhadap kesihatan dalam jangka masa tertentu. Usaha yang baik daripada semua pihak dalam industri pembinaan akan menjadi sia-sia jika setiap individu daripada pekerja di tapak projek pembinaan tidak mengambil berat dan gagal untuk mengikutinya. Pengurusan keselamatan di tapak projek pembinaan melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan, dan pengawalan prestasi keselamatan yang memerlukan penglibatan yang penuh daripada semua kumpulan pekerja di tapak projek pembinaan, terutamanya buruh binaan yang terdedah kepada pelbagai hazard secara langsung. Buku ini sesuai sebagai rujukan khusus kepada pelajar yang mengikuti program berkaitan keselamatan, terutamanya dalam bidang pengurusan keselamatan, kejuruteraan awam, ukur bahan, pembinaan, pengurusan pembinaan, ukur bangunan, teknologi bangunan, pengurusan sumber manusia, pengurusan fasiliti, dan seni bina serta sebagai bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak projek pembinaan.

Item Type: Book
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Built Environment > Construction
Faculty of Built Environment > Construction Contract Management
Depositing User: FAB IR Admin
Date Deposited: 30 Jul 2015 04:26
Last Modified: 30 Jul 2015 04:26
URI: http://epublication.fab.utm.my/id/eprint/564

Actions (login required)

View Item View Item