Potensi Jejak Warisan (Heritage Trail) Sebagai Satu Pendekatan Menigkatkan Kesedaran Terhadap Sejarah Dan Warisan Bandar Kajian Kes: Kawasan Pertapakan Dan Perkembangan Awal Bandaraya Alor Star, Kedah D.A)

Omar, Rosmadi Azizi (2000) Potensi Jejak Warisan (Heritage Trail) Sebagai Satu Pendekatan Menigkatkan Kesedaran Terhadap Sejarah Dan Warisan Bandar Kajian Kes: Kawasan Pertapakan Dan Perkembangan Awal Bandaraya Alor Star, Kedah D.A). Other thesis, University Technology Malaysia.

[img]
Preview
Text
ThesisBURP000003.pdf

Download (86Kb) | Preview

Abstract

Sejarah dan warisan adalah aset kepada sesebuah kawasan dan wajar dipelihara. Kawasan-kawasan pertapakan dan perkembangan awal sesebuah bandar, merupakan warisan yang tinggi nilainya dan perlu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan dan monumen ini, masyarakat akan lebih menghargai dan peka kepada perkembangan sejarah negara kerana ia dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Kini kebanyakan bandar-bandar yang mempunyai tarikan kawasan/bangunan warisan sejarah sama ada di dalam negara ini seperti Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan luar negara telah melaksanakan program Jejak Warisan sebagai satu usaha memperkenalkan dan mendedahkan keistimewaan kawasan berkenaan. Bagi pemupukan kesedaran di kalangan masyarakat dan memperkukuhkan usaha-usaha pemeliharaan, Jejak Warisan perlu menekankan cara atau kaedah yang berupaya untuk mendedah dan meningkatkan penghayatan yang kuat di kalangan masyarakat terhadap keunikan sesebuah tempat. Melalui kajian yang dijalankan ini, penekanan akan diberikan untuk mengetengahkan Jejak Warisan sebagai satu program yang berupaya mendedah dan meningkatkan kesedaran yang kuat di kalangan masyarakat terhadap sejarah dan warisan di kawasan pertapakan dan perkembangan awal Bandaraya Alor Star. Berasaskan kepada rumusan dan penemuan dari empat analisis kajian iaitu sejarah & morfologi bandar, profil & inventori bangunan, system sirkulasi & pergerakan dan penilaian kualiti visual, candangan konsep pembangunan Jejak Warisan telah dibangunkan dengan memastikan ianya mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Seterusnya cadangan yang dikemukakan ini, diharapkan berupaya memupuk kesedaran di kalangan masyarakat bagi memperkukuhkan usaha-usaha pemeliharaan sejarah dan warisan di kawasan kajian.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TG Bridge engineering
Divisions: Faculty of Built Environment > Urban and Regional Planning
Depositing User: FAB IR Admin
Date Deposited: 24 Jun 2013 05:42
Last Modified: 24 Jun 2013 05:42
URI: http://epublication.fab.utm.my/id/eprint/56

Actions (login required)

View Item View Item