Cadangan Taman Bandar Nilai Di Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan

Zaharin, Farah Hazwani (2010) Cadangan Taman Bandar Nilai Di Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository.
Related URL: http://fab.utm.my/wp-content/uploads/2012/07/Thesi...

Abstract

Pembangunan tanah adat seringkali dikaitkan dengan penggunaannya yang tidak optimum, terbiar dan tidak ekonomik. seringkali juga masyarakat meletakkan punca utama kemunduran tanah adat ke atas sistem undang-undang yang diguna pakai dan ciri-ciri tanah adat itu yang tidak berpotensi untuk dibangunkan. Sejauh mana penyataan dan pandangan itu benar sudah dijelaskan dalam beberapa kajian sebelumnya hingga membuka satu lagi perspektif baru terhadap keperluan kajian berhubung penilaian negatif tersebut. Jika dilihat dari sudut positif, punca-punca yang dinyatakan sebentar tadi sebenarnya mampu dijadikan kekuatan dalaman pembangunan tanah adat. Tanah adat terletak di bawah pengaruh undang-undang adat dan budaya masyarakat perpatih yang satu ketika dahulu sangat mengutamakan elemen budaya dan semangat masyarakat mereka. Semangat masyarakat yang tinggi dilihat sebagai kekuatan dan potensi ke arah pembangunan komuniti seterusnya pembangunan tanah secara kolektif.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Divisions: Faculty of Built Environment > Landscape Architecture
Depositing User: Ms Khairul Bariah Misron
Date Deposited: 22 Jul 2013 03:06
Last Modified: 22 Jul 2013 03:06
URI: http://epublication.fab.utm.my/id/eprint/395

Actions (login required)

View Item View Item