Pengaruh Jenama Terhadap Pemilihan Bahan Binaan Dan Kelengkapan Dalam Projek Pembinaan

Esahak, Haslinda (2006) Pengaruh Jenama Terhadap Pemilihan Bahan Binaan Dan Kelengkapan Dalam Projek Pembinaan. Other thesis, University Technology Malaysia.

[img]
Preview
Text
ThesisBScC200602.pdf - Published Version

Download (65Kb) | Preview

Abstract

Terdapat pelbagai nama jenama di pasaran kini dalam pelbagai produk termasuk produk-produk yang digunakan dalam sesebuah projek pembinaan. Setiap jenama mempunyai cirri-ciri dan kekuatannya tersendiri dalam menarik perhatian masyarakat. Dalam pembinaan, jenama adalah salah satu kriteria yang dilihat dalam proses pemilihan bahan binaan dan kelengkapan bagi sesebuah projek. Terdapat kriteria-kriteria lain seperti harga, kualiti, ketahanan, rekabentuk dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, faktor-faktor tersebut boleh dilihat menerusi jenama. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan oleh penyelidik bagi mengenalpasti akan pengaruh jenama ini terhadap pemilihan bahan binaan dan kelengkapan dalam projek pembinaan. Kajian ini dijalankan keatas projek-projek perumahan iaitu rumah kos rendah, rumah kos sederhana mewah dan rumah kos mewah bagi melihat perbezaan kepentingan jenama tersebut. Pengaruh jenama dilihat berdasarkan kedudukan min skor jenama diantara faktor-faktor yang lain. Kajian mendapati jenama merupakan faktor yang penting dan member pengaruh terhadap jenis bahan yang tertentu dan projek yang tertentu. Bagaimanapun, masih terdapat faktor-faktor lain yang lebih dipertimbangkan berbanding faktor jenama seperti kualiti, jaminan kualiti dan ketahannya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Built Environment > Construction
Depositing User: FAB IR Admin
Date Deposited: 24 Jun 2013 05:41
Last Modified: 24 Jun 2013 05:41
URI: http://epublication.fab.utm.my/id/eprint/31

Actions (login required)

View Item View Item