Pelaksanaan Projek Jalan Kampung Di Negeri Johor

Safian, Mohamad Anuar (2000) Pelaksanaan Projek Jalan Kampung Di Negeri Johor. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Text
ThesisBScB200001.pdf - Published Version

Download (62Kb) | Preview

Abstract

Jalan raya merupakan salah satu media perhubungan darat yang penting sejak dahulu lagi. Jalan kampung adalah merupakan sebahagian daripada rangkaian jalan raya yang terdapat di Negara kita. Walau bagaimanapun, pembinaan jalan kampung pada masa ini tidak memenuhi keperluan penduduk luar bandar itu sendiri, umpamanya keperluan trafik yang semakin meningkat, ketahanan jalan kampung yang kurang baik, serta kelambatan satu-satu kawasan luar bandar itu mendapat kemudahan ini. Justeru, program Projek Jalan Kampung diperkenalkan oleh kerajaan negeri Johor yang dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dengan tujuan supaya pembinaan jalan-jalan kampung dapat disegerakan di samping program ini diharap dapat membantu pihat kontraktor kecik tempatan mendapat peluang pekerjaan. Kajian mendapati konsep pengurusan dan pelaksanaan yang diamalkan dalam program PJK ini adalah secara tidak langsung, di mana hubungan klien iaitu KPRJ dengan kontraktor pelaksana adalah melalui pihak tengah iaitu Infra Desa Johor Sdn Bhd (IDJ). IDJ merupakan kotraktor utama merangkap pengurus projek untuk program ini. KPRJ bertindak merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal keseluruhan program dari peringkat penetapan polisi, pelantikan kontraktor hinggalah kepada siapnya jalan kampung tersebut. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh KPRJ dan juga kontraktor pelaksana yang mana masalah-masalah ini telah menjadi risiko kepada KPRJ dari aspek kelancaran program, nama baik KPRJ dan kepercayaan pihak kontraktor pelaksana terhadap KPRJ. Masalah-masalah ini dikenalpasti dari analisis yang dibuat berdasarkan data-data yang diperolehi dari sesi temubual dengan pihak KPRJ dan IDJ dilaksanakan secara jadual kekerapan dan peratusan dalam bentuk carta pai, diikuti dengan huraian dan keterangan yang berkaitan dengannya. Adalah didapati bahawa program PJK yang dilaksanakan oleh KPRJ ini boleh berdaya saing asal sahaja semua masalah yang dihadapi diselesaikan dengan baik serta aspek pengurusan dan perlaksanaan program dikemas kini dan ditingkatkan kecekapannya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Built Environment > Construction
Depositing User: FAB IR Admin
Date Deposited: 24 Jun 2013 05:40
Last Modified: 24 Jun 2013 05:40
URI: http://epublication.fab.utm.my/id/eprint/19

Actions (login required)

View Item View Item