Pembangunan Budaya Keselamatan Di Tempat Kerja

Misnan, Mohd Saidin and Mohammed, Abdul Hakim and Dalib, Abdul Rahman (2011) Pembangunan Budaya Keselamatan Di Tempat Kerja. Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia. ISBN 978-983-52-0800-3

[img]
Preview
Text
1.pdf

Download (1520Kb) | Preview
Related URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Industri pembinaan sering dikritik kerana kurang mengambil berat dalam aspek keselamatan dan kesihatan. Sektor pembinaan adalah dikenali antara industri yang mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi berbanding industry lain kerana sering dikaitkan dengan fenomena 3-D iaitu ‘Dirty, Difficult and Dangerous’ (kotor, Suakr dan Merbahaya). Keselamatan dalam industri pembinaan ialah suatu bidang yang signifikan kerana sector ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan ia juga menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan yang melibatkan kemalangan maut. Kerja dalam industri ini dianggap merbahaya kerana ia mungkin sering kali melibatkan pekerjaan di tempat tinggi menggunakan perancah, lorong laluan, tangga, bumbung, kerja pengorekan yang melibatkan letupan, jentera kerja tanah dan penggunaan jentera pengangkat seperti kren dan pengangkat (hoist). Justeru, budaya keselamatan di tempat kerja merupakan satu elemen penting yang berupaya untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan yang menjurus kepada hubungan antara manusia, kesihatan, keselamatan dan kemalangan serta persekitaran. Selain itu, budaya keselamatan juga merupakan satu elemen yang penting dalam keseluruhan aktiviti sesebuah organisasi. Ini adalah kerana budaya keselamatan berupaya mencegah daripada berlakunya sesuatu kemalangan. Kesedaran mengenai budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan seharusnya menjadi agenda yang harus diberikan penekanan oleh semua pihak.

Item Type: Book
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Built Environment > Quantity Surveying
Depositing User: FAB IR Admin
Date Deposited: 24 Jun 2013 05:46
Last Modified: 24 Jun 2013 05:46
URI: http://epublication.fab.utm.my/id/eprint/107

Actions (login required)

View Item View Item